Saturday, January 27, 2007

Ubat-ubatan untuk Lelaki

Ubat-ubatan untuk Lelaki

Meningkatkan Dayi"Seks

Ramai di kalangan pasangan suami isteri yang mengalami masalah seks, seperti ke­dinginan nafsu seks. Terdapat banyak sebab yang menimbulkan masalah ini. Antaranya ialah keletihan dari segi mental dan fizikal. Keadaan ke­dinginan seperti ini seringkali boleh meretakkan perhu­bungan suami isteri.

Ramuan tradisional untuk mengatasi masalah dingin seks seperti ini terdiri daripada campuran lengkuas, sebiji mengkudu masak, lada hitam, halia, garam, dan dua biji telur ayam.
Ramuan disediakan seperti berikut: tumbuk lada hitam dan ayak sehingga halus. Bahan-bahan lain juga ditumbuk sehingga lumat dan disaring dengan air mendidih seba­riyak segelas. Cairkan air itu menjadi dua gelas. Apabila air itu telah sejuk, masukkan sedikit garam dan sebiji telur ayam ke dalam setiap gelas. Kemudian, kacau hingga sebati dan minumlah segel as seorang oleh suami dan isteri.

Air rebusan beberapa jenis tumbuhan seperti tongkat Ali (Eurycoma longifolia) atau tongkat Ali hitam (Polyalthia bullata), ubi kemili (Coleus parviflorus) at au ubi jagar (Smilax mjositiflora) telah hangat diperkatakan mempunyai kesan menambah tenaga batin orang lelaki. Walau bagai­manapun, orang perempuan tidak digalakkan meminum air daripada rebusan tumbuhan ini kerana dikatakan tidak akan memberi kesan dan mungkin akan menjejaskan ke­suburan.

Mati Pucuk

Mati pucuk biasanya disebabkan oleh kekurangan beberapa jenis vitamin dan kerosakan pada sistem sara( Salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan mengambil vitamin yang mencukupi dan lengkap. Amalan meminum air ubat kencing manis seperti pokok hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk jangka waktu yang lama dilaporkan boleh menyebabkan mati pucuk.
Ramuan asli untuk penyakit ini ialah adas pedas yang di­tumbuk sehingga halus, mempelas hari (Alyxia reinwardtil), lada hitam dan kunyit. Campurkan dengan air mendidih. Setelah dibiarkan sejuk sedikit, campurkan dengan dua biji kuning telur dan madu lebah. Minumlah dua jam sebelum tidur setiap malam sehingga pulih.

Air Mani Cair

Terdapat keadaan' apabila suami terlalu cepat mencapai peringkat ejakulasi. Keadaan ini merupakan suatu gang­guan yang boleh menyebabkan kerisauan yang tidak me­nentu kepada suami. Walaupun keadaan ini tidak merupa­kan keadaan gangguan fizikal yang serius, tetapi kejadian ini yang berulangkali akan mengganggu fikiran lelaki yang terlibat itu. Untuk menyembuhkan penyakit ini, lelaki itu mestilah menjauhi isterinya selama' yang mungkin, se
hillgga 6 ke 12 bulan jika mampu. Ketika tidak melakukan 11IIhungan seks itu, lelaki itu haruslah banyak bersenam.

Untuk memenuhi kehendak nafsunya, lakukan hubungan ('ks paling kerap pun sekali sebulan sahaja. Makanlah (nmuan berikut: buah keras (Aleurites moluccana) dibakar
'hingga keluar minyak, ditumbuk halus, digaul dengan madu dan ketumbar, dan segelas air masak. Pelir kambing dijadikan sate setengah masak dan dimakan bersama de­ligan ramuan di atas. Amalkan memakan ramuan ini tiga
kali seminggu.

Dingin Syahwat '

Dingin syahwat adalah keadaan apabila salah seorang dari­pada suami isteri tidak mempunyai nafsu atau kemampuan seks yang normal. Pengubatan tradisional bagi penyakit ini ialah seperti berikut: buah pala dilumatkan dan digaul de­ngan air mendidih. Setelah sejuk, campurkan dengan telur dan air limau nipis dan minumlah dua hari sekali sebelum
tidur.

Mengubati Penyakit Sifilis

Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit kelamin yang di­sebabkan oleh bakteria. Penyakit ini boleh diubati secara tradisional dengan mengamalkan campuran ubatan ber­ikut. Bersihkan daun kaki kuda (Ipomea pes-capre) dan ubi gadung dan tumbuk sehingga halus. Temu hitam diparut dengan air tiga senduk. Setelah daun kaki kuda dan ke­ledek (Ipomea batalas) ditumbuk, campurkan dengan air temu hitam (Curcuma aeruginosa), dan diminum sesenduk
tiga kali sehari.

Ubat-ubatan untuk Lelaki

Friday, January 26, 2007

Mati pucuk

Mati Pucuk

Mati pucuk biasanya disebsbkan oleh kekurangan beberapa jenis vitamin dan kerosakkan pada system saraf. Salah satu cara untuk mengatasinyaialah dengan mengambil vitamin yang mencukupi dan lengkap. Amalan meminum air ubat kencing manis seperti pokok hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk jangka waktu yang lam dikatakan boleh menyebabkan kesan mati pucuk.

Ramuan asli untuk penyakit ini ialah
*adas pedas yang ditumbuk hingga halus
*mempelas hari (Alyxia reinwardtii)
*lada hitam
*kunyit
*Campurkan denga air mendidih. Biarkan ia sejuk sedikit
*Campurkan dengan dua biji kuning telur dan madu lebah
*Minulah 2 jam setiap malam sehingga pulih.

Meningkatkan daya seks

Meningkatkan Daya Seks

Ramai dikalangan pasangan suami isteri yeng mengalami masalah kedinginan nafsu seks. Sebab berlakunya adalad seperti keletihan mental dan fizikal. Kedinginan ini boleh meretakkan hubungan suami isteri. Oleh itu kita hendaklah berikhtiar untuk memulihkannya.

Semua makanan manusia berasal dari tanah. Oleh itu jika dikira dari logiknya pun dari tanah jugalah ubatnya.

Disini disediakan ramuan yang berasal dari tanah untuk mengatasi masalah dingin ini. Ramuan tradisional terdiri daripada campuran
Lengkuas
Lada hitam
Halis
Garam
2 biji telur ayam.

Penyediaan ramuan.
*Tumbuk lada hitam dan ayak sehingga halus.
*bahan-bahan lain juga ditumbuk sehingga lumat (halus) dan disaring (tapis) dengan air mendidih sebanyak segelas.
*Cairkan air itu menjadi dua gelas.
*Ambil air itu setelah sejuk, masukkan sedikit garam dan sebiji telur ayam kedalam setiap gelas.
*Kacau sehingga sebati dan minumlah segela seoran oleh suami dan isteri.

Rasalah perbezaanya
.

Air rebusan tubuhan seperti Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) atau Tongkat Ali Hitam (Polyalthia bulata), ubi kemili (Coleus parviflorus) atau ubi jagar (Smilax myositiflora) telah hangat diperkatakan mempunyai kesan menambah tenaga batin orang lelaki. Orang perempuan tidak digalakkan meminum air daripada rebusan ini kerana dikatakan tidak akan memberi kesan dan mungkin akan menjejaskan kesuburan.