
Akar Kerak Nasi
Nama botani : Lindernia crustacea (L.) F.
Akar kerak nasi mudah ditemui hidup di kawasan berumput sama ada di halaman rumah, di tepi jalan, di tanah berpasir dan berbatu di kawasan pantai dan di pesisir sungai.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba kecil ini bercabang dan biasanya hanya 3-6 cm tinggi. Daunnya kecil, berbentuk bujur, dan bergerigi di tepi. Daunnya tanpa tangkai atau sesil. Warna daunnya hijau tetapi kadang-kadang kemerah-merahan. Bunganya keluar satu-satu dari pangkal
daun. Bentuk bunganya tidak simetri, dan terdapat tiub berwarna ungu muda atau ungu kemerahan. Kelopak bunga herba ini pendek dan bulat, dan warnanya lebih pucat. Buah-
nya pula jenis kapsul dan berbentuk bulat.
Kegunaan dan khasiat
Akar kerak nasi dilumatkan dan dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul dan bengkak di kulit, selain mengubat kurap dan gatal. Air rebusan dijadikan ubat untuk merawat ibu-ibu selepas bersalin.
Sunday, May 06, 2007
Akar kerak nasi
Posted by
Ciksuu
at
5:01 PM
Thursday, May 03, 2007
Bayam Duri

Nama botani : Aamaranthus spinosus Linn
Bayam duri hidup liar di tanah terbiar dan merupakan rumpai di kebun dan sekitar rumah.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba ini rendah, tingginya hanya meneapai 1 m. Daun teratur berselang pada batang. Bentuk daun bujur. Di hujungnya yang runcing terdapat satu duri halus. Batangnya mempunyai duri-duri tajam, kira-kira 1 cm panjangnya. Duri tumbuh pada pangkal tangkai daun yang panjang. Bunga bayam duri halus, berwarna hijau muda dan teratur pada jambak spika di hujung batang.
Kegunaan dan khasiat
Posted by
Ciksuu
at
8:15 PM
Bijan
Nama botani Sinonim
Nama lain Famili
Habitat
Sesamum orientale Linn. Sesamum indicum Linn. Lenga
Pedaliaceae
Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ciri morfologi
Bijan ialah sejenis tumbuhan semusim yang tumbuh tegak. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Daun bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus. Buah pula jenis kapsul. Jenis yang hidup di negara ini mempunyai biji yang berwarna hitam.
Kegunaan dan khasiat
Disebabkan bunganya yang cantik dan menarik, pokok bijan sesuai ditanam sebagai hiasan. Daun bijan mengandungi banyak lendir. Biasanya daun direndam di dalam air dan diramas hingga keluar lendirnya. Air rendaman ini dibuat ubat mencuci rambut supaya hitam dan berkilat. Daun bijan juga dibuat ubat pupuk untuk sakit kepala dan kadang-kadang dibuat ubat untuk mengubati usus. Selain itu, daun boleh juga dipupuk pada luka kecil
untuk menyembuhkannya.
Biji bijan digunakan seba emenagog. Di India, biji bijan dihancurkan dan dibubuh pada
kulit yang melecur dan ulser.
Wednesday, May 02, 2007
Herbal Medicine
Herbal Medicine
Herbal medicine is the use of medicinal plants to provide safe and gentle treatment of a wide range of health problems. It is based on traditional uses of herbal remedies from many parts of the world which have been confirmed and updated by scientific research. The herbalist's approach to treatment is holistic and aims to treat the underlying causes and not only the symptoms of illness. Many of the herbs work to stimulate the body's own healing power and restore the balance of health.
Belimbing Tanah
Belimbing Tanah
Nama botani : Oxalis barrelieri Linn
Habitat
Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya mencapai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hitam, dan berasa masam .
Kegunaan dan khasiat
Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan dahaga.
Sunday, April 29, 2007
Bonglai @ Beka
Bonglai
Nama botani : Oroxylum indicum (Linn.) Ex Kurz
Nama lain Famili : kayu Bignoniaceae
Nama biasa : Beka
Habitat
Pokok bonglai hidup liar di tepi sungai dan belukar tanah rendah hampir di seluruh Malaysia.
Ciri morfologi
Pokok bonglai sederhana besar, kira-kira 10m tingginya. Batang tumbuh tegak tanpa cabang, kecual i apabila hujungnya dipangkas. Daun panjang dan lebar, berbentuk bujur ovat dan mempunyai anak daun yang banyak. Helai daun nipis, pangkal tidak simetri keeuali anak daun hujung. Pangkal nya kuneat.
Bunga terdapat pada jambak rasem yang panjang, iaitu 1-2 m. Bunga kembang satu demi satu, tidak serentak. Warna bunga merah muda keperangan dan berbelang krim. Buah berbentuk kapsul sepanjang 1 m dan kira-kira 8 em lebar.
Bijinya banyak, leper dan nipis. Buah yang panjang menyebabkan pokok ini mudah dieam dari jauh.
Kegunaan dan khasiat
Pucuk dan buah boleh dibuat sayur. Di India dan di Jawa, kulit luar akar digunakan untuk mengubati sakit usus. Oleh sebab sifat kelat dan toniknya, kulit akar digunakan untuk mengubati cirit-birit. Campuran daun boleh diminum untuk mengubati sakit perut, hilang selera makan dan reumatisme. Daun yang dimasak dibuat ubat untuk wan ita yang sakit sewaktu bersalin dan sebagai eampuran ubat selepas bersalin. Air rebusan daun merupakan ubat sakit urat yang sangat mujarab. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai ubat.
Posted by
Ciksuu
at
9:35 PM
Sunday, April 15, 2007
Anggerik Harimau
Anggerik Harimau
Nama botani : Crammatophyllum speciosum BI
Nama lain : Bunga puteri
Famili : Orchidaceae
Habitat
Anggerik jenis epifit ini hidup liar di hutan dan kadang-kadang ditanam sebagai hiasan.
Ciri morfologi
Anggerik yang besar ini mempunyai bebawang palsu dan akar udara. Daunnya berbentuk lurus dan panjang, tersusun berbaris pada rakis yang besar dan tegap. Jambak bunga keluar dari pangkal rumpun. Jambak bunga ini mengandungi berpuluh-puluh kuntum bunga yang berwarna kuning berbintik coklat tua, kebanyakannya bunga lengkap yang rrengandungi tiga sepal dan dua kelopak.
Kegunaan dan khasiat
Anggerik harimau kini sangat digemari sebagai tanaman hiasan. Bunganya cantik dan tahan lama. Akarnya direbus bersama-sama bawang (Allium cepa) dan biji Nigeffa, sativa. Air rebusan ini diminum untuk mengubati ulser, gaster dan perut yang tidak selesa. Keseluruhan tumbuhan mengandungi alkaloid.
Posted by
Ciksuu
at
5:39 PM




