Monday, March 12, 2007

Kuruskan Badan


MenguruskanBadan

Kini terlalu banyak ubat-ubatan moden yang terdapat di pasaran untuk me­nguruskan badan tetapi kebanyakan ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tidak begitu menyenangkan dan kadangkala boleh memudaratkan pengguna.

Ada juga kes yang mana menggunakan uabt-ubatan yang tidak di kawal boleh menyebabkan maut kerana tidak megikut peraturan dan tidak mendapatkan pandangan dan nasihat dari pakar-pakar perubatan seperti doktor.

Antara ramuan ubat tradisional untuk menguruskan badan adalah seperti berikut:

1. daun kemuning (Murraya paniculata),
2. bonglai (Zingz'ber cassumunar),
3. buah mengkudu (Mon'nda elliptica) yang masak,
4. tengguli (Cassia javanica),
5. pegaga (Hydrocotyle asiatica),
6. kunyit dan limau purut (Citrus' hystrix).

Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampur dengan tiga suku gelas air masak lalu diminum tiga hari sekali.

Rebusan akar ceka emas (Acalypha indica), halia bara (Zingiber officinale var. halia bara) dan puding emas dikata­kan dapat juga menghancurkan lemak dalam badan dan me­ringankan badan.

Selamat mencuba. Insyaallah berjaya.


Wednesday, March 07, 2007

Rahsia wajah kelihatan muda

Wajah kembali ceria

Ramai wanita yang inginkan wajah yang ceria, untuk memilikinya

a) Tumbuk kunyit, ambil patinya.
b) Campurkan putih telur dan sedikit susu tepung.
c) Sapukan bancuhan tersebut pada wajah.

Insya­Allah anda akan memiliki wajah yang ceria seperti yang diidamkan. Selain itu, ia dapat menghilangkan jerawat dan bintik hitam pada wajah.

Jadikan ia suatu amalan.

Selamat mencuba!

Monday, March 05, 2007

Kudis Bernanah


Kudis Bernanah

Biasanya kanak-kanak sangat mudah terkena jangkitan kudis terutamanya pada usia 12 tahun ke bawah. Selain ubatan klinik, petua kampung ini mujarab diamalkan.

Ambil cendawan merah yang biasanya tumbuh dicelah batang kelapa tumbang dan dibakar sehingga hangus. Tumbuk sehingga lumat kemudian campurkan dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan tersebut pada jangkitan kudis tersebut setiap kali selepas mandi,

Insya-Allah amalan berterusan akan memberi kesan yang baik.