Sunday, April 29, 2007

Bonglai @ Beka




Bonglai

Nama botani : Oroxylum indicum (Linn.) Ex Kurz


Nama lain Famili : kayu Bignoniaceae

Nama biasa : Beka


Habitat

Pokok bonglai hidup liar di tepi sungai dan belukar tanah rendah hampir di seluruh Malaysia.

Ciri morfologi

Pokok bonglai sederhana besar, kira-kira 10m tinggi­nya. Batang tumbuh tegak tanpa cabang, kecual i apabila hujungnya dipangkas. Daun panjang dan lebar, berbentuk bujur ovat dan mempunyai anak daun yang banyak. Helai daun nipis, pang­kal tidak simetri keeuali anak daun hujung. Pang­kal nya kuneat.

Bunga terdapat pada jambak rasem yang panjang, iaitu 1-2 m. Bunga kembang satu demi satu, tidak serentak. Warna bunga merah muda keperangan dan berbelang krim. Buah berbentuk kapsul sepanjang 1 m dan kira-kira 8 em lebar.

Bijinya banyak, leper dan nipis. Buah yang panjang menyebabkan pokok ini mudah dieam dari jauh.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan buah boleh dibuat sayur. Di India dan di Jawa, kulit luar akar digunakan untuk mengubati sakit usus. Oleh sebab sifat kelat dan toniknya, kulit akar digunakan untuk mengubati cirit-birit. Campuran daun boleh diminum untuk mengubati sakit perut, hilang selera makan dan reumatisme. Daun yang dimasak dibuat ubat untuk wan ita yang sakit sewaktu bersalin dan sebagai eampuran ubat selepas bersalin. Air rebusan daun me­rupakan ubat sakit urat yang sangat mujarab. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai ubat.

Sunday, April 15, 2007

Anggerik Harimau



Anggerik Harimau

Nama botani : Crammatophyllum speciosum BI
Nama lain : Bunga puteri
Famili : Orchidaceae

Habitat
Anggerik jenis epifit ini hidup liar di hutan dan kadang-kadang ditanam sebagai hiasan.

Ciri morfologi
Anggerik yang besar ini mempunyai bebawang palsu dan akar udara. Daunnya ber­bentuk lurus dan panjang, tersusun berbaris pada rakis yang besar dan tegap. Jambak bunga keluar dari pangkal rumpun. Jambak bunga ini mengandungi berpuluh-puluh kuntum bunga yang berwarna kuning berbintik coklat tua, kebanyakannya bunga lengkap yang rrengandungi tiga sepal dan dua kelopak.

Kegunaan dan khasiat
Anggerik harimau kini sangat digemari sebagai tanaman hiasan. Bunganya cantik dan tahan lama. Akarnya direbus bersama-sama bawang (Allium cepa) dan biji Nigef­fa, sativa. Air rebusan ini diminum untuk mengubati ulser, gaster dan perut yang tidak selesa. Keseluruhan tumbuhan mengandungi alkaloid.