Sunday, August 26, 2007

Cemamar

Cemamar

Nama botani : Micromelum minutum (G. Forst.) Wight & Am.



Nama lain : Cemama, cerek-cerek



Sinonim : Micromelum pubescens Blume



Famili : Rutaceae




Habitat



Pokok cemamar hidup liar di kawasan berbukit terutama di kawasan selatan dan barat laut Semenanjung Malaysia.

Ciri morfologi

Cemamar sejenis pokok saka kecil. Ranting dan rakis daunnya berbulu halus. Daun 15-40 cm panjangnya, mempunyai 9-15 anak daun yang tersusun berselang. Anak daun berbentuk bujur dan berhujung tajam. Tepi daun beralun dan pangkal daun menyerong sedikit. Bunga keluar pada jambak.

Warnanya putih kehijauan. Buah cemamar jenis beri dan berbentuk bujur atau bujur panjang.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan daun yang muda boleh di­buat ulam. Daun dibuat ubat penyakit angin dan untuk menyegarkan badan, terutama bagi wan ita yang baru melahirkan anak. Air rebusan daun digunakan untuk mandi­an wanita selepas bersalin bagi menyegarkan badan dan membuang angin.


Daun yang dilumatkan dibuat ubat pupuk untuk sakit kuIit. Lumatan daun di­campur dengan daun asam jawa serta sedikit garam, dan disapu pada kulit yang gatal akibat terkena ulat bulu. Daun yang ditum­buk bersama-sama se­dikit kapur makan, kapur tohor dan jus limau nipis dijadikan ubat sapu untuk meng­ubati panau.