Wednesday, September 12, 2007

Rahsia Daun Sirih

Rahsia Daun Sirih

Daun Sirih kerap digunakan dalam rawatan perubatan secara tradisional. Ia juga digunakan untuk kecantikan dan adat istiadat.

Kecantikan seseorang bukan hanya pada wajah menawan atau penampilan bergaya sahaja. Kecantikan sebenar adalah terletak pada keindahan dalaman.

Sireh banyak digunakan dalam keguanaan untuk rawatan perubatan secara tradisional. Selain itu ia juga digunakan untuk hantaran peminangan bagi adat orang-orang Melayu Malaysia. Bagi masyarakat India pula, ianya selalu digunakan untuk dijadikan makan bagi orang-orang dewasa. Masyarakat Melayu dahulu juga menyukai memakan sirih ini.

Jika dilihat, kebiasaannya, pengamal yang memakan daun sireh ini bisanya mempunyai ketahanan gigi yang sangat kuat. Mempunyai bibir yang merah. Kemerahan ini menyerlah sehinggalah ke gusi-gusi dan gigi-gigi mereka.

# Jika diteliti sehelai daun sirih, bentuknya seakan-akan bentuk kemaluan wanita. Bahkan ada yang mengatakan ia berbentuk peta negara India dan kebetulan salasilahnya penemuan awalnya di India.

# Ianya disifatkan sebagai daun yang terbaik untuk perubatan dan membantu memperbaiki sistem peranakan. Ianya juga banyak digunakan untuk penyucian alat sulit wanita kerana sifatnya sebagai pembersih dalaman.

# Membantu menyembuhkan hidung berdarah dengan hanya menggunakan sehelai daun sirih. Daun dilipat kecil dan sumbatkan dengan mendonggakkan kepala pesakit.

# Airnya digunakan untuk membersihkan bahagian alat sulit wanita.

# Sifatnya yang pedas seperti bunga cengkih, menjadikannya sesuai untuk pewangi mulut.

# Simbolik adat peminangan dan perkahwinan orang Melayu atau majlis-majlis rasmi.

# Dikatakan ada aura jika ada lelaki atau wanita yang belum ketemu jodoh apabila mereka menemui sirih bertemu urat.