Thursday, July 12, 2007

Selasih Dandi

Selasih Dandi

Nama botani : Stachytarpheta indica (L.) Vahl.

Sinonim : Stachytarpheta bogoriensis Z. & M.

Famili : Verbenaceae
Habitat

Tumbuhan herba semusim atau saka ini adalah rumpai yang hidup liar di tanah ter­biar dan kebun.

Ciri morfologi

Tumbuhan ini mudah dikenali menerusi jambak bunganya yang berbentuk spika, panjang dan tegak. Bunga kecil dan berwarna biru, tersusun pada jambak. Daun pula berbentuk bujur dan bergerigi di tepinya.

Kegunaan clan khasiat

Akar selasih dandi digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit gonorea dan amebiasis. Daunnya disapu pada luka-Iuka kecil, bengkak, seliuh dan bisul di badan selain dibuat ubat cirit berdarah.

Tuesday, July 10, 2007

Ara Tanah

Ara Tanah

Nama botani : Euphorbia hirta Linn.

Famili : Euphorbiaceae

Habitat

Tumbuhan ini mudah didapati tumbuh liar di halaman rumah dan di pasu bunga.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba semusim ini kecil, setinggi 15-30 cm dan batangnya bercabang rendah. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus. Daun terletak bersetentangan, ber­bentuk bujur panjang dan membulat di pangkal. Warna daun hijau tetapi biasanya terdapat belang ungu muda. Tepi daun bergerigi. Bunga ara tanah terdapat pad a jambak tongkol berwarna merah jambu, dan keluar dari celah daun.

Kegunaan dan khasiat

Getah batang ara tanah dijadikan ubat untuk bengkak pada kelopak mata. Campuran ara tanah dengan paku roman (Ceratopteris thalictroides) dipupuk pada bisul, kurap dan bengkak pada kulit. Tumbuhan yang pahit dan masam ini beraeun tetapi bersifat diuretik, antipruritik dan antibengkak.

Tuesday, July 03, 2007

Bunga Lampu

Bunga Lampu

Nama botani : Quisqualis indica Linn.

Nama lain : Akar dani, akar suluh

Famili : Combretaceae

Habitat

Pokok ini hidup liar di kawasan lapang dan kadang-kadang ditanam sebagai pokok hiasan.

Ciri morfologi

Bunganya cantik dan menarik. Bunga ini dinamai bunga lampu kerana warnanya yang merah jambu dan bentuknya yang melentok seperti lampu. Pokok bunga lampu jenis saka memanjat tetapi boleh dicantas menjadi renek yang rimbun. Cirinya yang menarik ialah bunganya boleh bertukar warna, iaitu mulanya putih dan kemudian bertukar menjadi merah. Bunganya berjambak di hujung ranting. Daun berbentuk bujur telur. Buah kecil dan runcing, kira-kira 2.5 cm panjang. Dalam keadaan semula jadi, pokok ini membiak daripada biji benih tetapi boleh juga dibiak­kan dengan keratan kayu keras.

Kegunaan dan khasiat

Buah muda, daun dan akar pokok bunga lampu berkhasiat ubatan. Air perahan daunnya dibuat ubat bisul dan ulser. Di Filipina, tumbuhan ini digunakan untuk mengubati batuk, sakit kepala, cirit-birit, demam dan sakit kulit. Daunnya dipupuk di kepala untuk melegakan sakit kepala. Daun dan buah bersifat antelmintik (hanya 4-5 bijinya digunakan) dan berguna untuk mengubati nefritis. Biji yang tua direbus dan dibuat ubat cirit-birit dan demam. Biji yang dihancurkan direndam dalam minyak dan dibuat ubat sapu untuk sakit kulit akibat parasit. Bagaimanapun, penggunaan buah dan biji yang berlebihan boleh memudaratkan. Dos yang tinggi mengakibatkan sedu-sedu dan pitam. Dinding ovari buah dan kulit biji mengakibatkan sedu. Tumbuh­an ini mengandungi
tanin
, saponin, dan kalsium oksalat.

Monday, July 02, 2007

Beluntas

Beluntas

Nama botani : Pluchea indica (Linn.) Less.

Nama biasa : Beluntas paya

Famili : Compositae

Habitat

Pokok beluntas mudah ditemui hidup liar di belukar dan paya berhampiran dengan pantai. Kadang-kadang pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk dibuat ulam.

Ciri morfologi

Pokok beluntas jenis renek dan tingginya hanya mencapai 2 m. Daun nipis dan ber­bentuk obovat. Hujung daun akuminat. Tepi daun bergerigi dentat. Panjang daun 4-5 cm dan lebarnya 2 cm. Bunga beluntas kecil dan terdapat pada jambak panikel. Warnanya putih atau ungu dan bereuping pendek.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk atau daun muda yang lembut boleh dibuat ulam. Baunya menyelerakan. Se­lain dimakan segar, pucuk beluntas boleh dicelur dan dimakan bersama-sama nasi serta sambal belaean. Pucuk beluntas boleh juga dibuat kerabu. Daun beluntas digunakan untuk mengubati demam dan jusnya dibuat ubat cirit-birit. Daun juga dibuat ubat sapu untuk mengubati ulser dan sakit kulit. Daun yang dicampur dengan bahan lain dibuat ubat luka dan cecair air. Daun muda dan pucuknya dijadikan ubat pupuk untuk mengubati lumbago.

Sunday, July 01, 2007

Api-api

Api-Api

Nama botani : Avicennia .spp.

Famili : Verbenaceae

Habitat

Tumbuhan ini ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar bersama-sama pokok bakau jenis lain di pesisir pantai berlumpur.

Ciri morfologi

Pokok api-api besar, ketinggian mencapai 7- 20 m. Akar udaranya agak panjang ke­luar dari lumpur di bawah pokok, berbaris-baris mengikut panjang akar sisi. Daun je­nis mudah, kecil dan membulat di hujung. Warna daun hijau tua, licin dan berkilat. Permukaan bawah daun pucat dan berdebu. Bunga kecil dan berwarna kuning, ke­luar pada jambak jenis panikel yang keciI. Kelopak bunganya ada empat, terlekat pada corong yang pendek. Buah api-api jenis kapsul dan berwarna hijau kelabu. Buah bujur dan runcing di hujung, mempunyai kulit bak sampul yang berwarna hijau muda membaluti biji. Kulit ini mudah ditanggalkan untuk mendedahkan biji yang licin dan berwarna coklat kehijauan serta berkilat.

Kegunaan dan khasiat

Buah api-api tidak dimakan segar. Buah yang gugur dipu­ngut dan dibuang kulitnya. Biji direndam dengan air se­lama dua malam untuk melembutkan dan menghilang­kan getahnya. Kemudian direbus dan dihancurkan menjadi tepung. Tepung ini boleh dibuat kuih seperti kuih koci dan buah melaka serta enak rasanya.

Resin yang keluar pada kulit ba­tang api-api berwarna hijau dan pahit rasanya. Resin ini bersifat afrodisiak tetapi boleh dibuat ubat sakit gigi. Akar juga bersifat afrodisiak. Biji yang muda dibuat ubat pupuk pada bisul untuk mencepatkannya ma­tang dan pecah. Abu daripada pokok api-api mengandungi banyak alkali dan digunakan sebagai sabun
di India.