Nama botani : Melastoma malabathricum Linn.
Nama lain : Keduduk
Famili : Melastomaceae
Habitat
Senduduk hidup liar di tepi jalan, di tanah terbiar dan di tepi hutan. Pokok ini mudah hidup dan tahan lasak sehingga dapat hidup di tanah yang kering dan tidak subur.
Ciri morfologi
Pokok senduduk jenis renek, tingginya hanya 1-2 meter dan bercabang banyak. Batang dan rantingnya bersegi-segi, berwarna merah tua dan diselaputi sisik serta bulu kecil. Daun senduduk bujur panjang, runcing di hujung dan pangkal. Ciri unik pada daun senduduk ialah ada tiga urat daun memanjang yang jelas. Panjang daun berbeza-beza, iaitu antara 2.5-10 cm dan lebarnya 1.5-5 cm, iaitu bergantung pada jenis. Permukaan bawah daun berbulu dan kasar.
Bunga senduduk besar dan cantik, lebarnya 4-6 cm, dikeluarkan pada jambak yang pendek di hujung ranting. Kelopak bunga lima, berwarna ungu muda hingga ungu cerah. Salut bunga juga lima, berwarna ungu muda hingga ungu cerah. Salut bunga juga lima, berwarna merah tua. Bilangan stamen 10, lima daripadanya lebih besar dan mempunyai tangkai yang berwarna kuning dan hujung yang melengkuk, manakala yang lima lagi mempunyai hujung yang lurus.
Buah senduduk pada mulanya tertutup oleh cawan kaliks, tetapi apabila masak penutupnya terbuka dan mendedahkan isi yang berwarna ungu gelap. Di dalam isi terdapat biji yang banyak dan halus. Terdapat beberapa jenis senduduk, iaitu yang mempunyai daun yang sederhana dan yang mempunyai daun kecil. Ada juga jenis albino, iaitu mempunyai bunga berwarna putih.
Kegunaan dan khasiat
Daun dan pucuk senduduk digunakan untuk mengubati cirit-birit. Daun yang dihancurkan dipupuk pada luka kecil untuk menghentikan aliran darah dan menyembuhkannya. Daun dan akar yang digiling lumat dipupuk pada kudis dan bekas cacar untuk menghilangkan parutnya. Campuran ini juga dibuat ubat untuk mengubati buasir. Akar senduduk dibuat ubat kumur untuk sakit gigi. Daun senduduk adalah antara ramuan mandi herba untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Selain itu, daun senduduk juga berguna untuk merawat leukorea, iaitu penyakit keputihan pada wanita. Untuk rawatan ini, 1-2 genggam daun senduduk direbus bersama dengan gula, halia dan bonglai; air rebusan kemudiannya diminum. Buah senduduk berasa manis dan boleh dimakan.
Friday, May 11, 2007
Keduduk
Posted by Ciksuu at 1:11 AM
Thursday, May 10, 2007
Terung pipit
Terung Pipit
Nama botani : Solanum torvum Swartz.
Nama lain : Terung rembang
Famili : Solanaceae
Habitat
Terung pipit mudah ditemui hidup liar di kawasan lapang, di tepi belukar dan di tanah terbiar.
Ciri morfologi
Pokok renek ini hanya 1-2 m tingginya. Cabangnya kecil dan merebak. Ranting dan urat daun berduri. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Daun besar, 16-30 cm panjang dan 8-14 cm lebar. Bentuk daun bujur, bercuping enam dan pangkalnya tidak sama. Bunga terung pipit kecil dan dikeluarkan pada jambak. Kelopak bunga berwarna putih dan stamennya kuning. Buah terung pipit jenis beri, bulat dan kecil, iaitu kira-kira 1 cm lebarnya. Warnanya hijau dan bertukar kekuningan apabila masak. Buah mengandungi banyak biji halus.
Kegunaan dan khasiat
Buah yang sudah masak berasa manis sedikit tetapi jarang-jarang dimakan. Buah yang matang dimakan sebagai ulam. Rasanya pahit-pahit lemak, berbau unik dan menambah selera makan. Buah ini boleh juga dimasak gulai atau sambal tumis. Buah terung pipit dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Daun pula digunakan untuk mengubati pitam.
Posted by Ciksuu at 1:15 AM
Monday, May 07, 2007
Tongkat ali
Tongkat Ali
Nama botani : Eurycoma longifolia Jack
Nama lain : Payung ali penawar pahit
Famili : Simaroubaceae
Habitat
Tongkat ali hidup liar sebagai tumbuhan bawahan hutan tanah rendah.
Ciri morfologi
Pokok kecil atau renek ini tingginya hanya mencapai 10m. Pokok tanpa cabang atau hanya mempunyai beberapa cabang yang tumbuh tegak. Di setiap hujung dahan terdapat daun yang tersusun membentuk kanopi seperti payung atau roset. Daun panjang, iaitu 0.5-1 m, jenis majmuk pinat, mengandungi 20-30 pasang anak daun dan satu anak daun hujung. Anak daun licin berkilat dan berwarna hijau tua. Bunga tongkat ali kecil, berwarna merah tua keunguan, dan berbulu. Bunga terdapat pada jambak aksil yang melentuk dan panjang. Buah pula bujur panjang, berwarna kuning dan bertukar menjadi merah apabila masak.
Kegunaan dan khasiat
Akar tongkat ali digunakan dalam perubatan tradisional, kebanyakannya sebagai tonik untuk wanita selepas melahirkan anak, sebagai afrodisiak untuk lelaki, antidot, antipiretik, antituberkulosis dan antivenus. Di samping itu, akar pokok renek ini berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, merawat sakit dalam tulang, jaundis, dropsi, demam, eirit-birit, disentri, lumbago, ketakhadaman makanan dan sebagai ubat eaeing. Tonik daripada akar juga terkenal untuk menjaga kesihatan kulit. Batang tongkat ali digunakan sebagai febrifuj dan merupakan salah satu eampuran ubat untuk merawat demam malaria. Antara bahan kimia yang penting dalam tumbuhan ini ialah eurikomanol, eurikomanona dan eurikomalakona.
Posted by Ciksuu at 6:07 PM
Sunday, May 06, 2007
Akar kerak nasi
Akar Kerak Nasi
Nama botani : Lindernia crustacea (L.) F.
Akar kerak nasi mudah ditemui hidup di kawasan berumput sama ada di halaman rumah, di tepi jalan, di tanah berpasir dan berbatu di kawasan pantai dan di pesisir sungai.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba kecil ini bercabang dan biasanya hanya 3-6 cm tinggi. Daunnya kecil, berbentuk bujur, dan bergerigi di tepi. Daunnya tanpa tangkai atau sesil. Warna daunnya hijau tetapi kadang-kadang kemerah-merahan. Bunganya keluar satu-satu dari pangkal
daun. Bentuk bunganya tidak simetri, dan terdapat tiub berwarna ungu muda atau ungu kemerahan. Kelopak bunga herba ini pendek dan bulat, dan warnanya lebih pucat. Buah-
nya pula jenis kapsul dan berbentuk bulat.
Kegunaan dan khasiat
Akar kerak nasi dilumatkan dan dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul dan bengkak di kulit, selain mengubat kurap dan gatal. Air rebusan dijadikan ubat untuk merawat ibu-ibu selepas bersalin.
Posted by Ciksuu at 5:01 PM
Thursday, May 03, 2007
Bayam Duri
Nama botani : Aamaranthus spinosus Linn
Bayam duri hidup liar di tanah terbiar dan merupakan rumpai di kebun dan sekitar rumah.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba ini rendah, tingginya hanya meneapai 1 m. Daun teratur berselang pada batang. Bentuk daun bujur. Di hujungnya yang runcing terdapat satu duri halus. Batangnya mempunyai duri-duri tajam, kira-kira 1 cm panjangnya. Duri tumbuh pada pangkal tangkai daun yang panjang. Bunga bayam duri halus, berwarna hijau muda dan teratur pada jambak spika di hujung batang.
Kegunaan dan khasiat
Posted by Ciksuu at 8:15 PM
Bijan
Nama botani Sinonim
Nama lain Famili
Habitat
Sesamum orientale Linn. Sesamum indicum Linn. Lenga
Pedaliaceae
Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ciri morfologi
Bijan ialah sejenis tumbuhan semusim yang tumbuh tegak. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Daun bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus. Buah pula jenis kapsul. Jenis yang hidup di negara ini mempunyai biji yang berwarna hitam.
Kegunaan dan khasiat
Disebabkan bunganya yang cantik dan menarik, pokok bijan sesuai ditanam sebagai hiasan. Daun bijan mengandungi banyak lendir. Biasanya daun direndam di dalam air dan diramas hingga keluar lendirnya. Air rendaman ini dibuat ubat mencuci rambut supaya hitam dan berkilat. Daun bijan juga dibuat ubat pupuk untuk sakit kepala dan kadang-kadang dibuat ubat untuk mengubati usus. Selain itu, daun boleh juga dipupuk pada luka kecil
untuk menyembuhkannya.
Biji bijan digunakan seba emenagog. Di India, biji bijan dihancurkan dan dibubuh pada
kulit yang melecur dan ulser.
Wednesday, May 02, 2007
Herbal Medicine
Herbal Medicine
Herbal medicine is the use of medicinal plants to provide safe and gentle treatment of a wide range of health problems. It is based on traditional uses of herbal remedies from many parts of the world which have been confirmed and updated by scientific research. The herbalist's approach to treatment is holistic and aims to treat the underlying causes and not only the symptoms of illness. Many of the herbs work to stimulate the body's own healing power and restore the balance of health.
Belimbing Tanah
Belimbing Tanah
Nama botani : Oxalis barrelieri Linn
Habitat
Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya mencapai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hitam, dan berasa masam .
Kegunaan dan khasiat
Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan dahaga.