Sunday, May 06, 2007

Akar kerak nasi




Akar Kerak Nasi


Nama botani : Lindernia crustacea (L.) F.


Famili : Muell Scrophulariaceae


Habitat

Akar kerak nasi mudah ditemui hidup di kawasan berumput sama ada di halaman rumah, di tepi jalan, di tanah berpasir dan berbatu di kawasan pantai dan di pesisir sungai.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba kecil ini ber­cabang dan biasanya hanya 3-6 cm tinggi. Daunnya kecil, ber­bentuk bujur, dan bergerigi di tepi. Daunnya tanpa tangkai atau sesil. Warna daunnya hijau tetapi kadang-kadang kemerah-merahan. Bunga­nya keluar satu-satu dari pangkal
daun. Bentuk bunganya tidak simetri, dan terdapat tiub berwarna ungu muda atau ungu kemerahan. Kelopak bunga herba ini pendek dan bulat, dan warnanya lebih pucat. Buah-
nya pula jenis kapsul dan berbentuk bulat.

Kegunaan dan khasiat

Akar kerak nasi dilumatkan dan dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul dan bengkak di kulit, se­lain mengubat kurap dan gatal. Air rebusan dijadikan ubat un­tuk merawat ibu-ibu selepas bersalin.