Monday, May 07, 2007

Tongkat ali


Tongkat Ali

Nama botani : Eurycoma longifolia Jack





Nama lain : Payung ali penawar pahit





Famili : Simaroubaceae


Habitat




Tongkat ali hidup liar sebagai tumbuhan bawahan hutan tanah rendah.



Ciri morfologi



Pokok kecil atau renek ini tingginya hanya mencapai 10m. Pokok tanpa cabang atau hanya mempunyai beberapa cabang yang tumbuh tegak. Di setiap hujung dahan terdapat daun yang tersusun membentuk kanopi seperti payung atau roset. Daun panjang, iaitu 0.5-1 m, jenis majmuk pinat, mengandungi 20-30 pasang anak daun dan satu anak daun hujung. Anak daun licin berkilat dan berwarna hijau tua. Bunga tongkat ali kecil, berwarna merah tua keunguan, dan berbulu. Bunga terdapat pada jambak aksil yang melentuk dan panjang. Buah pula bujur panjang, berwarna ku­ning dan bertukar menjadi merah apabila masak.



Kegunaan dan khasiat



Akar tongkat ali digunakan dalam perubatan tradisional, kebanyakannya sebagai tonik untuk wanita selepas melahirkan anak, sebagai afrodisiak untuk lelaki, an­tidot, antipiretik, antituberkulosis dan antivenus. Di samping itu, akar pokok renek ini berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, merawat sakit dalam tulang, jaundis, dropsi, demam, eirit-birit, disentri, lumbago, ketakhadaman makanan dan sebagai ubat eaeing. Tonik daripada akar juga terkenal untuk menjaga kesihatan kulit. Batang tongkat ali digunakan sebagai febrifuj dan merupakan salah satu eam­puran ubat untuk merawat demam malaria. Antara bahan kimia yang penting dalam tumbuhan ini ialah eurikomanol, eurikomanona dan eurikomalakona.