Thursday, June 28, 2007

Terung Bulu

Terung Bulu

Nama botani : Solanum ferox Linn.


Nama lain : Terung asam


Famili : Solanaceae

Habitat


Di Semenanjung Malaysia, terung bulu jarang-jarang ditanam tetapi tumbuh liar di sekitar rumah atau di kebun.


Ciri morfologi


Pokok renek ini tingginya hanya 0.5-1 m sahaja. Keseluruhan pokok berduri dan berdebu. Daun berbentuk bujur tetapi tepinya bereuping-euping tiga segi. Keseluruh­an daun berdebu atau berbulu halus dan tebal. Permukaan bawah daun lebih pucat dan sepanjang urat daun berduri. Bunga terung bulu dikeluarkan pada jambak rasem yang bertangkai pendek. Kelopak bunga putih dan berdebu. Buah terung bulu bulat, 2-3 cm lebar, berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning apabila masak. Kulitnya diselaputi debu tebal tetapi mudah ditanggalkan.



Kegunaan dan khasiat


Buah terung bulu boleh digunakan sebagai pengganti asam untuk gulai lemak ikan. Selain itu, buah terung ini dieelur dan dimakan bersama dengan sambaI belacan. Bulu pada buah boleh dibuang terlebih dahulu dengan menyapunya dengan sabut kelapa. Biji dan akar terung bulu berkhasiat sebagai ubat. Biji digunakan untuk meng­ubati sakit gigi; air rebusan akar digunakan sebagai air mandian untuk mengubat demam dan dibuat campuran ubat untuk luka, gatal-gatal serta sakit-sakit badan.




Akar Ulan


Akar Ulan


Nama botani : Mirremia umbellata (L.) Hall.f.
Nama lain : Ulan betina, akar bunga kuning
Famili : Convolvulaceae


Habitat

Akar ulan hidup liar di tanah terbiar, di kebun dan pagar rumah.


Ciri morfologi

Tumbuhan menjalar atau memanjat ini jenis herba tetapi berubah menjadi berkayu sedikit apabila telah tua. Daunnya jenis mudah dan teratur berselang pada batang. Pangkal daun berbentuk bak jantung atau kordat. Jambak bunga terdapat di celah daun. Bunga bertangkai panjang, berwarna kuning dan berbentuk corong. Buah ber­bentuk kapsul dan terbahagi kepada empat bahagian, setiap satu mengandungi biji yang berbulu.



Kegunaan dan khasiat


Akar ulan hidup sebagai rumpai di kebun dan pagar rumah. Daunnya yang dikisar boleh dijadikan ubat pupuk untuk kulit melecur dan sakit di kulit.

Wednesday, June 27, 2007

Beluntas

Beluntas

Nama botani : Pluchea indica (Linn.) Less.


Nama biasa : Beluntas paya


Famili : Compositae


Habitat


Pokok beluntas mudah ditemui hidup liar di belukar dan paya berhampiran dengan pantai. Kadang-kadang pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk dibuat ulam.


Ciri morfologi


Pokok beluntas jenis renek dan tingginya hanya mencapai 2 m. Daun nipis dan ber­bentuk obovat. Hujung daun akuminat. Tepi daun bergerigi dentat. Panjang daun 4-5 cm dan lebarnya 2 cm. Bunga beluntas kecil dan terdapat pada jambak panikel. Warnanya putih atau ungu dan bereuping pendek.


Kegunaan dan khasiat


Pucuk atau daun muda yang lembut boleh dibuat ulam. Baunya menyelerakan. Se­lain dimakan segar, pucuk beluntas boleh dicelur dan dimakan bersama-sama nasi serta sambal belaean. Pucuk beluntas boleh juga dibuat kerabu. Daun beluntas digunakan untuk mengubati demam dan jusnya dibuat ubat cirit-birit. Daun juga dibuat ubat sapu untuk mengubati ulser dan sakit kulit. Daun yang dicampur dengan bahan lain dibuat ubat luka dan cecair air. Daun muda dan pucuknya dijadikan ubat pupuk untuk mengubati lumbago.

Ara Tanah

Ara Tanah

Nama botani : Euphorbia hirta Linn.


Famili : Euphorbiaceae


Habitat

Tumbuhan ini mudah didapati tumbuh liar di halaman rumah dan di pasu bunga.

Ciri morfologi
Tumbuhan herba semusim ini kecil, setinggi 15-30 cm dan batangnya bercabang rendah. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus. Daun terletak bersetentangan, ber­bentuk bujur panjang dan membulat di pangkal. Warna daun hijau tetapi biasanya terdapat belang ungu muda. Tepi daun bergerigi. Bunga ara tanah terdapat pad a jambak tongkol berwarna merah jambu, dan keluar dari celah daun.


Kegunaan dan khasiat

Getah batang ara tanah dijadikan ubat untuk bengkak pada kelopak mata. Campuran ara tanah dengan paku roman (Ceratopteris thalictroides) dipupuk pada bisul, kurap dan bengkak pada kulit. Tumbuhan yang pahit dan masam ini beraeun tetapi bersifat diuretik, antipruritik dan antibengkak.

Tuesday, June 26, 2007

Bunga Tahi Ayam

Bunga Tahi Ayam

Nama botani : Lantana camara Linn.


Sinonim : L. aculeata Linn.

Famili : Verbenaceae


Habitat

Pokok renek saka ini tahan lasak dan hidup di kawasan lapang, semak atau belukar, di kebun dan padang ragut.

Ciri morfologi

Pokok renek yang rendah ini bercabang banyak. Batangnya tidak rata, bersegi-segi dan kasar. Daun berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Terdapat banyak jenis pokok bunga tahi ayam, jenis liar mempunyai bunga berwarna-warni, iaitu campuran jingga dengan kuning dan campuran merah jambu dengan kuning. Bunga kecil dan teratur padat pada jambak di hujung ranting. Buahnya kecil berwarna hijau dan bertukar menjadi hitam berkilat apabila masak. Keseluruhan tumbuhan, terutama daunnya, beraroma kuat dan unik.


Kegunaan dan khasiat

Pokok bunga tahi ayam rendang, mempunyai bunga yang cantik dan berwarna ­warni. Pokok ini boleh dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan. Buah yang masak boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Pokok bunga tahi ayam bersifatantiseptik. Daunnya dilumatkan dan dipupuk pada luka, ulser dan bengkak. Selain itu, daun boleh juga dibuat lasen untuk melegakan reumatik. Air rebusannya bersifat emetik, iaitu dapat merangsang muntah.

Bunga Tahi Ayam

Bunga Tahi Ayam

Nama botani : Lantana camara Linn.


Sinonim : L. aculeata Linn.

Famili : Verbenaceae


Habitat

Pokok renek saka ini tahan lasak dan hidup di kawasan lapang, semak atau belukar, di kebun dan padang ragut.

Ciri morfologi

Pokok renek yang rendah ini bercabang banyak. Batangnya tidak rata, bersegi-segi dan kasar. Daun berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Terdapat banyak jenis pokok bunga tahi ayam, jenis liar mempunyai bunga berwarna-warni, iaitu campuran jingga dengan kuning dan campuran merah jambu dengan kuning. Bunga kecil dan teratur padat pada jambak di hujung ranting. Buahnya kecil berwarna hijau dan bertukar menjadi hitam berkilat apabila masak. Keseluruhan tumbuhan, terutama daunnya, beraroma kuat dan unik.


Kegunaan dan khasiat

Pokok bunga tahi ayam rendang, mempunyai bunga yang cantik dan berwarna ­warni. Pokok ini boleh dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan. Buah yang masak boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Pokok bunga tahi ayam bersifatantiseptik. Daunnya dilumatkan dan dipupuk pada luka, ulser dan bengkak. Selain itu, daun boleh juga dibuat lasen untuk melegakan reumatik. Air rebusannya bersifat emetik, iaitu dapat merangsang muntah.

Pegaga

Pegaga

Nama botani : Centella asiatica (L.) Urban

Sinonim : Hydrocotyle asiatica Linn.

Famili : Apiaceae Umbelliferae


Habitat dan taburan

Pegaga mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di padang, atau di
kebun tanah rendah, di seluruh Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam di kebun dapur dan secara komersial.



Ciri morfologi



Tumbuhan herba kecil ini merayap dengan batang rayapnya yang berakar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi dan sama ada dempak atau tajam, iaitu bergantung pada jenis. Daun pegaga berbau harum. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal lantas membentuk roset. Bunga pegaga terdapat pada jambak kecil, dan bertangkai pendek. Buahnya kecil, berbentuk kapsul dan terbahagi dua oleh lekukan di tengah-tengah.




Kegunaan dan khasiat



Daun pegaga dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek, atau dimasak cili api ber­sama-sama ikan. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.



Pegaga dipercayai mempunyai khasiat awet muda dan menguatkan daya ingatan. Sebab itulah kini ramai orang meminum air atau jus pegaga. Selain memberikan kesan sejuk pada badan, pegaga dapat memperelok sistem saraf lantas meredakan tekanan perasaan. Dalam masyarakat dahulukala pegaga merupakan herba serba guna, iaitu digunakan untuk merawat penyakit kusta, ulser, luka dan batuk kering. Kini pegaga didapati mempunyai sejenis sebatian 'asiatikosida' dan sebatian inilah yang berkesan untuk luka dan ulser.



Tumbuhan Liar Berkhasiat Ubatan

Pegaga dipercayai sangat baik untuk wanita selepas bersalin kerana berkesan untuk menguncupkan rahim. Pegaga dikatakan dapat meneuei darah, membaiki peredaran darah dan mempunyai kandungan kalsium dan besi yang tinggi. Selain kesan tersebut, pegaga juga dipereayai mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah reumatik, sakit tekak dan hepatitis, serta dapat membantu masalah insomnia, lelah dan kurang selera makan. Tidak hairanlah kini ada yang menggelar pegaga sebagai 'herba ajaib' dan 'herba atritis'.




Kini pelbagai produk daripada pegaga terdapat di pasaran, seperti teh herba, kordial, dan ramuan herba campuran. Ada pula syarikat kosmetik yang menggunakan ekstrak pegaga untuk alat solek.

Sunday, June 17, 2007

Bonglai



Bonglai


Nama botani : Oroxylum indicum (Linn.) Ex Kurz


Nama lain : Beka, mengkulai, merlai, bonglai kayu


Famili : Bignoniaceae


Habitat

Pokok bonglai hidup liar di tepi sungai dan belukar tanah rendah hampir di seluruh Malaysia.


Ciri morfologi

Pokok bonglai sederhana besar, kira-kira 10m tinggi­nya. Batang tumbuh tegak tanpa cabang, kecuali apabila hujungnya dipangkas. Daun panjang dan lebar, berbentuk bujur ovat dan mempunyai anak daun yang banyak. Helai daun nipis, pang­kal tidak simetri kecuali anak daun hujung. Pang­kal nya kuneat.

Bunga terdapat pada jambak rasem yang panjang, iaitu 1-2 m. Bunga kembang satu demi satu, tidak serentak. Warna bunga merah muda keperangan dan berbelang krim. Buah berbentuk kapsul sepanjang 1 m dan kira-kira 8 cm lebar.

Bijinya banyak, leper dan nipis. Buah yang panjang menyebabkan pokok ini mudah dicam dari jauh.


Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan buah boleh dibuat sayur. Di India dan di Jawa, kulit luar akar digunakan untuk mengubati sakit usus. Oleh sebab sifat kelat dan toniknya, kulit akar digunakan untuk mengubati cirit-birit.
Campuran daun boleh diminum untuk mengubati sakit perut, hilang selera makan dan reumatisme. Daun yang dimasak dibuat ubat untuk wanita yang sakit sewaktu bersalin dan sebagai campuran ubat selepas bersalin. Air rebusan daun me­rupakan ubat sakit urat yang sangat mujarab. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai
ubat.

Wednesday, June 13, 2007

Bebuas



Bebuas

Nama botani : Premna foetida Reinw.


Nama lain : Buas-buas,


Famili : singkil Verbenaceae

Habitat

Pokok bebuas kebanyakannya hidup liar di belukar dan di tepi hutan, tetapi kadang­kadang ditanam di sekitar rumah. Terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat de­ngannya, iaitu Premna cordifolia dan Premna integrifolia.

Ciri morfologi

Bebuas sejenis tumbuhan renek yang agak besar, hingga boleh mencapai 7 m ting­ginya. Keseluruhan daun berbulu halus. Bentuk daun bujur. Pangkal daun membulat atau kordat, manakala hujungnya runcing. Tetapi daun kecil di bahagian pangkal bergerigi krenat atau serat jarang.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk muda Premna foetida dan Premna cor­difolia berbau unik dan berasa pedas. Pucuk biasanya dicelur, dimasak gulai atau diguna-
kan sebagai perasa untuk masakan. Daun Premna integrifolia digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dalam gulai, juga untuk menambah aliran susu ibu. Pucuk yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dipercayai boleh meng-
atasi masalah angin di dalam tubuh.

Air rebusan daun bebuas pula di­minum untuk mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak. Hanya secawan kecil air ini diperlukan. Pengambilan daun atau
pucuk secara berlebih­lebihan perlu di-

elakkan kerana boleh meng­akibatkan pening kepala.

Anggerik Merpati

Anggerik Merpati

Nama botani : Dendrobium crumenatum Swartz


Nama lain : Sepulih tulang, anggerik hujan


Famili : Orchidaceae


Dendrobium crumenatum Swartz.
Sepulih tulang, anggerik hujan Orchidaceae


Habitat


Anggerik merpati hidup liar dan paling mudah ditemui hidup di batang pokok sama ada di taman, di kebun dan di hutan.


Ciri morfologi


Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih berbelang kuning, dan baunya harum. Bunga yang tidak tahan lama ini kembang serentak selepas mendapat rang­sangan, dan akan layu pada hari berikutnya. Penurunan suhu yang cepat disebabkan hujan atau ribut petir ialah rangsangan yang diperlukan supaya bunga boleh kem­bang. Anggerik merpati mempunyai batang yang membengkak di pangkalnya, lantas membentuk bebawang palsu. Daun terdapat di pertengahan batang. Bunga keluar pada braktea di hujung batang tanpa daun.
Kegunaan dan khasiat


Anggerik merpati tahan lasak dan mudah membiak. Bunganya harum dan sesuai dijadikan tanaman hiasan. Bebawang palsunya dipanggang dan diperah jusnya. Jus yang suam dititikkan ke telinga untuk menyembuhkan sakit telinga disebabkan bisul kecil, atau bengkak kecil di bahagian telinga luar. Daun dijadikan ubat pupuk untuk sakit kepala, jerawat dan bisul.

Tuesday, June 05, 2007

Lumbah


Lumbah

Nama botani : Moniniera latifolia

Sinonim : Dryand. Curculigo latifolia

Nama lain : Dryand Kelapa puyuh,

Famili : lemba Amarylidaceae


Habitat

Pokok lumbah mudah ditemui hidup liar di tanah lapang, semak dan hutan. Pokok ini juga hidup di kebun getah dan kelapa sawit


Ciri morfologi

Sekali pandang, pokok lumbah kelihatan seperti anak pokok kelapa yang kecil. Namun pokok lumbah berumpun dan agak berbeza rupanya daripada pokok ke­lapa. Pokok herba monokot ini mempunyai jambak bunga berbentuk tangkai yang dikeluarkan di pangkal pokok berhampiran tanah. Warna bunga kuning cerah. Buah lumbah jenis beri, berwarna putih dan berparuh.

Kegunaan dan khasiat

Buah lumbah boleh dimakan dan dapat menambah selera makan. Apa yang menarik selepas memakan buah ini ialah air yang kita minum akan berasa manis, dan kesan ini akan dapat dirasa kira-kira sejam lamanya.


Daun, hujung batang dan akar lumbah dibuat campuran untuk mengubati de­mam. Bunga dan batangnya dibuat ubat untuk menyembuhkan jangkitan di perut dan saluran kencing. Rizom dicampur dengan bunga raya dan dijadikan losen untuk mengubati oftalmia. Manakala rizom yang dicampur dengan pinang boleh diminum untuk mengubati penyakit menoragia. Daun lumbah teguh dan boleh digulung menjadi tali. Sejenis serabut boleh diekstrak daripada daun ini untuk dibuat jaring menangkap ikan.





Monday, June 04, 2007

Belimbing Tanah






Belimbing Tanah

Nama botani : Oxalis barrelieri Linn.

Nama lain : Belimbing bukit


Famili : Oxalidaceae


Habitat

Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men­capai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi­tam, dan berasa masam .

Kegunaan dan khasiat

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah jantung serta dapat menghilangkan da­haga.
\

Buah belim­bing tanah yang segar boleh di­makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le­bih berkesan.