Bonglai
Nama botani : Oroxylum indicum (Linn.) Ex Kurz
Nama lain : Beka, mengkulai, merlai, bonglai kayu
Famili : Bignoniaceae
Habitat
Pokok bonglai hidup liar di tepi sungai dan belukar tanah rendah hampir di seluruh Malaysia.

Ciri morfologi
Pokok bonglai sederhana besar, kira-kira 10m tingginya. Batang tumbuh tegak tanpa cabang, kecuali apabila hujungnya dipangkas. Daun panjang dan lebar, berbentuk bujur ovat dan mempunyai anak daun yang banyak. Helai daun nipis, pangkal tidak simetri kecuali anak daun hujung. Pangkal nya kuneat.
Bunga terdapat pada jambak rasem yang panjang, iaitu 1-2 m. Bunga kembang satu demi satu, tidak serentak. Warna bunga merah muda keperangan dan berbelang krim. Buah berbentuk kapsul sepanjang 1 m dan kira-kira 8 cm lebar.
Bijinya banyak, leper dan nipis. Buah yang panjang menyebabkan pokok ini mudah dicam dari jauh.

Kegunaan dan khasiat
Pucuk dan buah boleh dibuat sayur. Di India dan di Jawa, kulit luar akar digunakan untuk mengubati sakit usus. Oleh sebab sifat kelat dan toniknya, kulit akar digunakan untuk mengubati cirit-birit.
Campuran daun boleh diminum untuk mengubati sakit perut, hilang selera makan dan reumatisme. Daun yang dimasak dibuat ubat untuk wanita yang sakit sewaktu bersalin dan sebagai campuran ubat selepas bersalin. Air rebusan daun merupakan ubat sakit urat yang sangat mujarab. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai ubat.