Bebuas
Nama botani : Premna foetida Reinw.
Nama lain : Buas-buas,
Famili : singkil Verbenaceae
Habitat
Pokok bebuas kebanyakannya hidup liar di belukar dan di tepi hutan, tetapi kadangkadang ditanam di sekitar rumah. Terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat dengannya, iaitu Premna cordifolia dan Premna integrifolia.
Ciri morfologi
Bebuas sejenis tumbuhan renek yang agak besar, hingga boleh mencapai 7 m tingginya. Keseluruhan daun berbulu halus. Bentuk daun bujur. Pangkal daun membulat atau kordat, manakala hujungnya runcing. Tetapi daun kecil di bahagian pangkal bergerigi krenat atau serat jarang.
Kegunaan dan khasiat
Pucuk muda Premna foetida dan Premna cordifolia berbau unik dan berasa pedas. Pucuk biasanya dicelur, dimasak gulai atau diguna-
kan sebagai perasa untuk masakan. Daun Premna integrifolia digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dalam gulai, juga untuk menambah aliran susu ibu. Pucuk yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dipercayai boleh meng-
atasi masalah angin di dalam tubuh.
Air rebusan daun bebuas pula diminum untuk mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak. Hanya secawan kecil air ini diperlukan. Pengambilan daun atau
pucuk secara berlebihlebihan perlu di-
elakkan kerana boleh mengakibatkan pening kepala.