Terung Bulu
Nama botani : Solanum ferox Linn.
Habitat
Di Semenanjung Malaysia, terung bulu jarang-jarang ditanam tetapi tumbuh liar di sekitar rumah atau di kebun.
Ciri morfologi
Pokok renek ini tingginya hanya 0.5-1 m sahaja. Keseluruhan pokok berduri dan berdebu. Daun berbentuk bujur tetapi tepinya bereuping-euping tiga segi. Keseluruhan daun berdebu atau berbulu halus dan tebal. Permukaan bawah daun lebih pucat dan sepanjang urat daun berduri. Bunga terung bulu dikeluarkan pada jambak rasem yang bertangkai pendek. Kelopak bunga putih dan berdebu. Buah terung bulu bulat, 2-3 cm lebar, berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning apabila masak. Kulitnya diselaputi debu tebal tetapi mudah ditanggalkan.
Kegunaan dan khasiat
Buah terung bulu boleh digunakan sebagai pengganti asam untuk gulai lemak ikan. Selain itu, buah terung ini dieelur dan dimakan bersama dengan sambaI belacan. Bulu pada buah boleh dibuang terlebih dahulu dengan menyapunya dengan sabut kelapa. Biji dan akar terung bulu berkhasiat sebagai ubat. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi; air rebusan akar digunakan sebagai air mandian untuk mengubat demam dan dibuat campuran ubat untuk luka, gatal-gatal serta sakit-sakit badan.