Tuesday, June 26, 2007

Pegaga

Pegaga

Nama botani : Centella asiatica (L.) Urban

Sinonim : Hydrocotyle asiatica Linn.

Famili : Apiaceae Umbelliferae


Habitat dan taburan

Pegaga mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di padang, atau di
kebun tanah rendah, di seluruh Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam di kebun dapur dan secara komersial.



Ciri morfologi



Tumbuhan herba kecil ini merayap dengan batang rayapnya yang berakar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi dan sama ada dempak atau tajam, iaitu bergantung pada jenis. Daun pegaga berbau harum. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal lantas membentuk roset. Bunga pegaga terdapat pada jambak kecil, dan bertangkai pendek. Buahnya kecil, berbentuk kapsul dan terbahagi dua oleh lekukan di tengah-tengah.




Kegunaan dan khasiat



Daun pegaga dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek, atau dimasak cili api ber­sama-sama ikan. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.



Pegaga dipercayai mempunyai khasiat awet muda dan menguatkan daya ingatan. Sebab itulah kini ramai orang meminum air atau jus pegaga. Selain memberikan kesan sejuk pada badan, pegaga dapat memperelok sistem saraf lantas meredakan tekanan perasaan. Dalam masyarakat dahulukala pegaga merupakan herba serba guna, iaitu digunakan untuk merawat penyakit kusta, ulser, luka dan batuk kering. Kini pegaga didapati mempunyai sejenis sebatian 'asiatikosida' dan sebatian inilah yang berkesan untuk luka dan ulser.



Tumbuhan Liar Berkhasiat Ubatan

Pegaga dipercayai sangat baik untuk wanita selepas bersalin kerana berkesan untuk menguncupkan rahim. Pegaga dikatakan dapat meneuei darah, membaiki peredaran darah dan mempunyai kandungan kalsium dan besi yang tinggi. Selain kesan tersebut, pegaga juga dipereayai mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah reumatik, sakit tekak dan hepatitis, serta dapat membantu masalah insomnia, lelah dan kurang selera makan. Tidak hairanlah kini ada yang menggelar pegaga sebagai 'herba ajaib' dan 'herba atritis'.




Kini pelbagai produk daripada pegaga terdapat di pasaran, seperti teh herba, kordial, dan ramuan herba campuran. Ada pula syarikat kosmetik yang menggunakan ekstrak pegaga untuk alat solek.