Tuesday, June 05, 2007

Lumbah


Lumbah

Nama botani : Moniniera latifolia

Sinonim : Dryand. Curculigo latifolia

Nama lain : Dryand Kelapa puyuh,

Famili : lemba Amarylidaceae


Habitat

Pokok lumbah mudah ditemui hidup liar di tanah lapang, semak dan hutan. Pokok ini juga hidup di kebun getah dan kelapa sawit


Ciri morfologi

Sekali pandang, pokok lumbah kelihatan seperti anak pokok kelapa yang kecil. Namun pokok lumbah berumpun dan agak berbeza rupanya daripada pokok ke­lapa. Pokok herba monokot ini mempunyai jambak bunga berbentuk tangkai yang dikeluarkan di pangkal pokok berhampiran tanah. Warna bunga kuning cerah. Buah lumbah jenis beri, berwarna putih dan berparuh.

Kegunaan dan khasiat

Buah lumbah boleh dimakan dan dapat menambah selera makan. Apa yang menarik selepas memakan buah ini ialah air yang kita minum akan berasa manis, dan kesan ini akan dapat dirasa kira-kira sejam lamanya.


Daun, hujung batang dan akar lumbah dibuat campuran untuk mengubati de­mam. Bunga dan batangnya dibuat ubat untuk menyembuhkan jangkitan di perut dan saluran kencing. Rizom dicampur dengan bunga raya dan dijadikan losen untuk mengubati oftalmia. Manakala rizom yang dicampur dengan pinang boleh diminum untuk mengubati penyakit menoragia. Daun lumbah teguh dan boleh digulung menjadi tali. Sejenis serabut boleh diekstrak daripada daun ini untuk dibuat jaring menangkap ikan.